Tuesday, March 22, 2011

SAKIT TELINGA....

Di sebabkan telinga aku sakit 2-3 hari ni, aku amik gejala2 sebab berlaku sakit telinga ni....
for your info ye cik syeera:)........



Jangkitan Telinga

PENGENALAN
• Tedapat 3 bahagian di dalam telinga: bahagian luar telinga , bahagian tengah
telinga dan bahagian dalam telinga
• Bahagian luar telinga terdiri dari pina dan saluran/kanal telinga luar
• Bahagian dalam telinga merupakan rerongga yang bermula dari gegendang dan
mengandungi 3 tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga
disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio.
• Bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan sarafnya.
• Telinga menanah atau jangkitan telinga boleh terjadi sama ada di bahagian luar
telinga (otitis externa) ataupun di bahgian tengah telinga (otitis media).
• Jangkitan boleh disebakan oleh kuman virus, bakteria atau kulat.
TANDA DAN GEJALA

Otitis Externa (Jangkitan bahagian luar telinga )
• Sakit telinga
• Gatal
• Hilang ataupun tidak hilang pendengaran
• Terdapat atau tidak tedapatnya lelehan telingan
• Pina dan saluran/kanal

Telinga bengkak Otitis Media (Telinga Menanah)
• Boleh jadi akut atau kronik
• Sakit telinga yang menyucukdan hilang apabila gegendang telinga telah pecah
• Pekak dan bunyi berdering dalam telinga
• Seringkali diikuti oleh demam, hidung berair dan sakit tekak
• Nanah keluar dari telinga menandakan gegendang telah pecah
• Bag bayi: mereka akan menangis berpanjangan, diselang-seli dengan jeritan,
terjaga di waktu malam dan mengosok atau menarik-narik telinga . • Kadang-kala tidak dapat mengimbangkan diri atau bergoyang-goyang.
KOMPLIKASI
• Pekak yang berkekalan
• Abses otak dan kerosakan otak
• Palsi fasial - kelumpuhan pada sebahagian sisi muka
• Jangkitan mungkin merebak ke tengkorak, lapisan meninges dan otak -
membawa kepada jangkitan seperti mastoiditis akut (jangkitan merebak dari
bahagian tengah telinga ke tulang di belakang telinga).
FAKTOR PENYUMBANG
Otitis Externa
• Tabiat yang sering membuang tahi telinga atau mengorek telinga jauh ke dalam
hingga mencederakan telinga dan ini mendedahkannya kepada jangkitan.
• Keadaan lembab di dalam saluran telinga disebabkan oleh keadaan cuaca atau
berenang - sebab itu jangkitan otitis externa ini kadang-kadang dipannggil
sebagai 'Telinga Perenang' 7 Di samping itu, jangkitan boleh disebabkan oleh
tindak balas alahan terhadap minyak wangi atau semburan rambut.
• Penyakit-penyakit kulit tertentu seperti ekzema, psoriasis boleh membawa
kepada jangkitan otitis externa.
Otitits Media
• Lazimnya berlaku selepas jangkitan tonsil atau tonsilitis, campak measles dan
influenza.
• Selalunya diikuti oleh jangkitan bahagaian atas saluran penafasan
• Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit ini kerana mereka lebih kerap
mendapat selesema dan tiub Eustachio lebih pendek dan mendatar. Ini
memudahkan sesuatu jangkitan menjalar naik ke saluran/tiub dari tekak.
PENJAGAAN SENDIRI
Otitis Externa
• Jika sekiranya mendapat sakit telinga atau deman ambillah ubat penghilang
kesakitan parasetamol.
• Sapu dan cuci lelehan dari telinga perlahan-lahan menggunakan putik kapas.
• Pastikan saluran telinga sentiasa kering sehingga jangkitan yang ada sembuh
sepenuhnya. • Jika sakit telinga tidak berhenti dalam sehari dua, berjumpalah doktor untuk
mendapat rawatan.
• Jangan menitik sebarang ubat ke dalam telinga tanpa nasihat doktor.
Otitis Media
• Jika sakit telinga dan demam ambillah ubat penghilang kesakitan seperti
parasetamol.
• Berehat dan minum lebih banyak cacair.
• Biarkan lelehan keluar dari telinga dengan sendiri kemudian cuci perlahan-lahan.
• Berjumpalah doktor sekiranya sakit telinga masih berterusan dan terdapatnya
komplikasi.
• Pastikan telinga anda sentiasa kering. Elakkan dari air memasuki telinga.

PETUA PENTING
Otitis Externa
• Pakai penutup kepala (cap) ketika berenang atau mandi
• Keringkan telinga sepenuhnya selepas berenang dan mandi
• Elakkan tabiat mengorek telinga
• Gunakan titisan telinga untuk melembutkan tahi telinga yang kering dan keras.
• Didik anak anda supaya tidak memasukkan sesuatu ke dalam telinga.

Otitis Media
• Hidung yang tersumbat dan berair perlu dirawat sepenuhnya.
• Bukakan mulut apabila menghembus hidung semasa mendapat selesema untuk
mengelakkan rembesan dari hidung/tekak tertolak masuk ke dalam telinga
melalui tiub Eustachio. Cara yang lain adalah dengan menghembus hidung
melalui satu dari lubang hidung sahaja. Yang satu lagi hendaklah ditekan (tutup).
• Hadkan pergaulan anak-anak anda dengan kanak-kanak lain yang menghidap
selesema.
• Jauhkan anak anda dari asap rokok yang sering dikaitkan dengan jangkitan
telinga. • Susui anak anda dengan susu badan kerana anak yang diberi penyusuan susu
ibu jarang sekali mendapat jangkitan telinga.
• Apabila menyusu anak anda tegakkan kedudukannya supaya air susu tidak
mengalir masuk ke dalam telinga melalui tiub Eustachio.
Bagaimana Hendak Menggunakan Titisan Telinga
• Basuh tangan anda dengan sabun dan air yang bersih
• Telengkan kepala anda atau baring mengiring dengan telinga yang berkenaan
berada di atas.
• Bagi pesakit dewasa tarik sedikit cuping telinganya ke atas dan ke belakang.
Bagi kanak-kanak tarikh cuping telingan ke bawah dan ke belakang.
• Titiskan ubat titisan itu ke dalam telinga beberapa titik mengikut yang disyorkan.
Jangan memasukkan hujung penitis itu ke dalam telinga kerana ia boleh
mencederakan telinga dalam. Jangan menyentuhkan hujung penitis itu ke telinga
atau benda-benda lain.
• Duduklah dalam keadaan itu selama 2 minit.
• Sapukan cuping telinga jika terdapat titisan yang berlebihan.
APA YANG DOKTOR BOLEH LAKUKAN?
Otitis Externa
• Menentukan penyebab jangkitan
• Memberi ubat antibiotik, antikulat atau uabt kortikosteroid
• Mencuci,menyedut dan mengeringkan telinga sepenuhnya. Otitis Media Akut
• Menentukan penyebeb jangkitan
• Memberi ubat antibiotik, ubat penghilang kesesakan hidung dan ubat penghilang
kesakitan.
• Mengguriskan sedikit gegendang telinga untuk menghilangkan kesakitan yang
disebabkan oleh tekanan yang tinggi dan pengumpulan cecair di dalamnya.

Otitis Media Kronik
• Mencuci dan mengeringkan telinga
• Menitis ubat titisan antibiotik dan steroid ke dalam telinga
• Mengenalpasti tanda-tanda awal komplikasi.

No comments:

Post a Comment